SINARAN
HOMESTAY

CHALET 

Sekali Menginap

 Selamanya Terkenang

Tentang Kami

Kami telah tinggal di Kampung Sinaran Baru sejak lebih kurang 20 tahun dahulu. Kami adalah sebuah keluarga yang sederhana besar merangkumi sepasang suami isteri yang sudah bersara dan 4 orang anak yang masing-masing sudah besar belaka kecuali anak bongsu kami yang masih bersekolah rendah. Anak perempuan kami tinggal bersama suami dan anak-anaknya yang semestinya memeriahkan dan menceriakan kehidupan kami seharian. 


Kami mula berjinak-jinak dengan homestay sejak awal tahun 2008 dan kini telah semakin berkembang sejak chalet Lea Zahra siap dibina cuma di belakang rumah kami di atas tanah seluas 1 ekar. Chalet Lea Zahra adalah kebanggaan kami yang kami namakan Lea Zahra sempena nama cucu kami. Boleh dikatakan homestay di Kampung Sinaran semakin giat berkembang sejak kami diiktiraf oleh tourism Malaysia. Homestay kami saban kali menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara matahari terbit Jepun yang datang ke Malaysia dan negeri Johor yang masing-masing ingin belajar dan merasai bagaimana kehidupan masyarakat Malaysia di kampung-kampung yang masih mengekalkan tradisi Melayu. 


Dari serambi chalet Lea Zahra, anda boleh melihat kolam-kolam ikan kami yang cuma sekaki daripada chalet. Malah anda boleh memancing dari serambi chalet. Kami membela ikan talapia merah, talapia hitam, keli dan haruan. Kekadang, boleh terlihat kelibat kura-kura berenang-renang di dalam kolam yang dihiasi pohonan air terutama telipuk yang bunganya seakan-akan teratai.


Di sekitar kawasan rumah kami, juga di keliling chalet Lea Zahra di tanam pokok buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, sukun dan macam-macam lagi. Jadi, pastikan anda membuat temu janji dengan kami untuk merasai homestay sambil menikmati buah-buahan tempatan sekiranya musim buah sudah tiba.


Pada 2011, Chalet Lea Farisha siap di bina. Chalet ini dinamakan sempena puteri sulong putera pertama kami. Chalet ini di bina khas untuk keluarga besar kerana ia dilengkapi sebuah bilik dapur dan meja makan untuk tetamu yang suka memasak sendiri. Peti ais dua pintu dan dapur dua tungku juga disediakan termasuk kelengkapan memasak asas yang lain. 


Pada 2014, Chalet Lea Sophia I dan Chalet Lea Sophia II pula telah siap dibina. Kedudukannya amat strategik kerana balkoninya yang menghadap kolam ikan tilapia kami. Chalet ini dinamakan sempena bakal cucu kami yang bakal lahir tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan lancar InsyaAllah. 


Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan sudikan berkungjung ke chalet kami dan merasai suasana kampung. Kami bersedia menerima kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dengan amat berbesar hati. 

 

Recent Photos